NILAI: Kementerian Pendidikan Tinggi meminta supaya pihak pengurusan universiti awam mengenal pasti kemudahan kampus yang tidak diselenggara lebih 20 tahun atau usang terutamanya membabitkan penginapan pelajar.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihak pengurusan perlu memberi keutamaan kepada kemudahan penginapan pelajar bagi memastikan mereka mendapatkan tempat tinggal yang selesa ketika berada di kampus.
"Saya telah mengarahkan pihak universiti untuk memastikan penyelenggaraan kampus diberikan keutamaan. Ada tempat penginapan ini yang tidak dibaik pulih lebih 20 tahun dan keadaan asrama yang usang... menjadi tanggungjawab kita mendapatkan maklumat ini.
"Saya berada di Sarawak beberapa hari lepas dan melawat kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya lihat keadaan di situ... saya tekankan keutamaan perlu diberikan terutamanya tempat penginapan pelajar," katanya kepada pemberita di sini hari.
Terdahulu, beliau menghadiri sesi dialog Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) bersama 95 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek di sini hari ini.
Sementara itu, Zambry berkata program pemukiman berkenaan merupakan platform terbaik untuk perwakilan pelajar berkongsi pendapat bagi melahirkan pemimpin yang berwawasan tinggi serta berkaliber.
Pada sesi itu juga, Zambry mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada MPP bagi 20 Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan tujuh Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
"Sebagai tanda menghargai penglibatan semua MPP dalam program ini, setelah berbincang dengan pihak pengurusan saya ingin umumkan setiap majlis perwakilan (MPP) bagi 20 IPTA dan tujuh IPTS, diperuntukkan RM20,000," katanya.
"Visi saya mahu melihat barisan perwakilan pelajar di depan saya ini menjadi pemimpin...mungkin ada dalam kalangan kamu semua akan menjadi Perdana Menteri atau memimpin negeri masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Menurut Zambry, pihak pengurusan perlu memberi keutamaan kepada kemudahan penginapan pelajar bagi memastikan mereka mendapatkan tempat tinggal yang selesa ketika di kampus. - Gambar fail/Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UniMAP
Kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarkan kepada UniMAP susulan insiden itu.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Konflik Iran-Israel: Pelajar Malaysia di Asia Barat selamat - Zambry
Seramai 1,872 pelajar Malaysia berada di Jordan, Syria (37), Iran (8), manakala tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq.
Konflik Asia Barat: KPT bincang keperluan bawa pulang pelajar Malaysia
KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Asia Barat ketika ini.
AUKU akan terus diperbaiki demi mahasiswa - Zambry
Komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan - KPT
Ia akan melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
Universiti awam diminta kenal pasti penginapan pelajar usang
Pengurusan perlu beri keutamaan kepada kemudahan penginapan pelajar bagi memastikan mereka mendapatkan tempat tinggal yang selesa ketika di kampus.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.